KLANG, 18 OGOS: Seakan tahu beliau akan meninggalkan insan tersayang buat selama-lamanya, juruterbang pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam, Shahrul Kamal Roslan berkongsi nombor telefon isterinya dengan rakan sekerjanya.
KLANG, 18 OGOS: Sebanyak 22 sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris diambil untuk diuji Jabatan Kimia bagi padanan terhadap cebisan dan anggota mangsa pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina semalam.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Tempoh siasatan bagi pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie (GCE) berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam dijangka mengambil selama seminggu jika tiada kerosakan dalaman pada kotak hitam pesawat itu, kata seorang pakar industri penerbangan.
KLANG, 18 OGOS: Kerajaan sedia membantu pengurusan jenazah 10 mangsa nahas pesawat terhempas termasuk bantuan yang diperlukan keluarga mangsa.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Alat perakam suara kokpit atau cockpit voice recorder (CVR) yang ditemui daripada pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam semalam telah dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) awal pagi tadi untuk dianalisis.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato’ Menteri Besar merakam ucapan takziah kepada waris nahas pesawat ringan di Elmina Central Park Seksyen U16 Shah Alam.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam, telah 95 peratus selesai.
SEPANG, 18 OGOS: Api marak di pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam semalam berjaya dipadamkan dalam tempoh enam minit, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
KLANG, 18 OGOS: Waris semua mangsa telah selesai memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, semalam.
PUTRAJAYA, 18 OGOS: Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang melakukan perkongsian gambar atau video mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam disambung pada 9 pagi ini.
KLANG, 17 OGOS: "Adik sayang mama," itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh juruterbang pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) Shahrul Kamal Roslan dalam perbualan bersama ibunya dua bulan lalu sebelum terlibat dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang tadi.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di sini, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
ROMPIN, 17 NOV: Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108 semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini malam ini.
MELAKA, 17 NOV: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.
PETALING JAYA, 17 NOV: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat nahas pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.